pencuci mulut | puding telur

by - 10:54:00 PM

semalam kecoh satu keluarga nak masak puding telur nie. mana tak nyer, masakan pertama nak sampai hangus. naseb baik tak terbakar. kering air dalam rebusan tak der saper yang perasan. asap tak yah nak cakap la. naik meruap tinggi. apa pon semua dah siap. jadi hari nie nak kongsi ngan semua.

jom kita masak puding telur...=))
-
-
-
mula-mula sediakan telur dalam 20 biji dan pukul
sambil tu masukkan gula dalam 22 sudu ker. terpulang la kalau nak manis atau nak kurang

sediakan susu cair satu tin

dan juga tepung kastard
hanya masukkan satu sudu sahaja ke dalam adunan
yang nie untuk tak nak puding tu terlalu lembik sangat
karang cair tak sedap nak makan kan

 gaulkan semua bahan tadi hingga sebati
untuk bahan telur tadi, pukul biar kembang tau
nanti puding tak kembang lak
*gurau jer*hanya nak biar semua sebati dan elok*

selepas itu, sediakan sedikit madu untuk disapu pada loyang
bukan masukkan dalam puding yer
sapukan madu nie pada loyang supaya nanti puding tak mekat sangat
dan rasanya pun lagi enak
madu kan...mesti rasa sweet kan

akhir sekali masukkan bahan tadi ke dalam loyang
untuk kesemua bahan tadi
mungkin memerlukan dua atau tiga loyang
terpulang lah kalau nak saiz dia besar atau kecil

masukkan loyang tadi ke dalam pengukus atau dipanggil 'kukusan'
tips kat sinie: panaskan air dalam kukusan bawah terlebih dahulu
apabila loyang dimasukkan, wap terus naik
ini akan buat puding lebih lembut *rasanyer lah*

biarkan bahan tadi dalam kukusan selama 20 minit
jangan sampai air dalam kukusan kering yer
tak pasal-pasal hangus plak
*masa kukusan pertama dah nak hangus pun, naseb baik sempat tutup api*

inilah keadaan ketika bahan tadi kembang
tips untuk kenal pasti dah masak atau belum:
pertama: air atas puding dah berkurang atau tinggal sedikit
kedua: masukkan garpu ke dalam puding. kalau ia masih melekat tak masak lagi tau

kalau dah macam nie hampir nak masak la nie
mungkin tunggu kejap jer lagi

nasihat untuk semua, jangan tiru macam nie yer
jangan masukkan ke dalam bekas plastik macam nie
masukkan bahan tadi ke dalam loyang
nak tahu kenapa?
meh nak tunjukkan
dasyat tau
-
-
-
-
adoooiiiii...kecoh kejap nie
sakit perut dok ketawa tau
sampai tapak bekas nie pon tercabut
kukusan tadi pun dah bengkok sedikit
padahal dah besi tu
cuba bayangkan..memang tak leh tahan
*beringat yer...jangan guna bekas plastik*

dan
akhirnya
terimalah

puding telur

-
-
-
-

memang rasa nak makan terus
tahan...tahan...
bau dia yang mencabar iman nie

bagi yang rasa nak letak manisan kat atas pon boleh
tapi yang nie tak buat la
buat simple ginie jer

kalau nak letak manisan ke atas puding nie
boleh panaskan gula
dan kalau nak lebih sedap lagi
masukkan madu skit
rasa dia lain la skit
*untuk madu nie tetiba jer terlintas nak buat gitu*
tapi boleh gak try kan
manalah tahu sedap lagi

selamat mencuba
jangan lupa kongsi skit

p/s: buat cik fuza yang katanya nak buat lagi tu. nanti kita leh try kat umah sana yer
boleh gak buat kuih raya nanti..=))

You May Also Like

6 comment

Daisypath Happy Birthday tickers