Ya Allah ... mengapa aku menangis?

by - 1:07:00 AM

Ya Allah...
kenapa semalam aku tak dapat bendung hatiku
dengan tiba-tiba fikiran tidak menentu
perasaan yang bercampur baur
dengan dada yang berombak kencang

pernah tak kamu alami apa yang saya alami.
tetiba jer semalam, sewatu nak lelapkan mata ni, sebak jer dada
air mata dengan tiba-tiba mengalir laju di pipi
tak tahu sebab apa, kenapa, dan bagaiman ini semua boleh terjadi

memang fikir tak munasabah
kebiasaanya kalau menangis mesti ada sebab
kasihan tentang seseorang, dengar cerita sedih, tengok cerita sedih
tapi ini tak
langsung tak ada kene mengena pon

lebih kurang jam 1.30 pagi, fikir-fikir baik tidur sebab esok nak pi kerja
masa tu lah tetiba jer dada berombak kencang
pernah tak kamu rasa macam tu?
pernah tak alami perkara macam nie?

lepas jer badan nie rebah atas katil
air mata bercucuran di pipi
kanan kiri semuanya lencur
dalam tangisan masih lagi tertanya kenapa mata ini berair?
kenapa mesti menangis?
apa sebabnya?
di mana munasabahnya kat sini?

tapi, apa yang penting
semuanya datang sekilas
fikiran bercampur baur
ingat pada semua
keluarga
sahabat handai
paling utama
dosa dan pahala

fikiran masih lagi buntu
adakah aku hampir kearahMu Ya Allah
adakah umurku tidak sebegitu panjang Ya Allah
adakah kaum kerabatku yang akan pergi
adakah rakan taulan ku yang Engkau akan bawa
adakah? adakah? adakah?

atau
adakah aku terlampau leka membilang dosa dari pahala
adakah aku sengaja melakukan kemungkaranMu Ya Allah
adakah sedikit pahala ku yang dikumpul sehingga sekarang

adakah ini adalah tangisan terakhir aku buat semua
adakah ada sesuatu yang bakal terjadi
yang akan membuatkan aku tak mampu
nak mengalirkan air mata
adakah juga aku terpaku tatkala
sesuatu kejadian berlaku

saat itu
terasa hendak diluahkan pada seseorang
seseorang yang rasa selesa sangat
tapi apa kan daya
berada jauh dari sisinya
kalau dikongsi
mungkin dapat meringankan sedikit bebanan di dada
namun, alhamdulillah
selepas 'menangis' semalam rasa selesa sangat hati ni
tak tahu kenapa selesa sangat
pastinya sangat selesa

mungkin
mungkin ini semuanya terjadi sedemikian rupa
aku yang di sini masih lagi menanti jawapan yang pasti
semuanya masih tak terjawab sehingga ke saat, detik ini
apa yang pasti

Engkau sahaja Yang Maha Mengetahui

p/s: jika kalian mengalami hal yang sama seperti ini, percayalah ada pesanan penting yang Allah nak mengingatkan untuk kita

You May Also Like

3 comment

Daisypath Happy Birthday tickers