bangun awal pagi gara-gara shahrukh khan

by - 6:53:00 PM

pepagi lagi dah bangun hari nie. biasanya matahari tegak atas kepala baru sedar. hari nie kene gagahkan skit mata dan hati nie bangun awal. nampak sangat asyik membuta jer memanjang. bukan apa, tak der nak buat aper kat rumah nie. baik tidor jer kan. bukannya lama sangat tidor pon. malam pun tidur lambat, jadi siang bangun lambat la. 

nie semua sebab semalam ada dapat sms dari k.long.

dalam nasi lemak kopi o pagi esok pasal srk 

apa lagi. kene bangun la awal. nak tengok nasi lemak kopi o. bukan nak tengok rancangan tu. nak tahu amende yang pasal srk tu. dok terpacak kat depan tv dr kol 8 sampai la 10 pagi. ingatkan keluar gak shahrukh khan tu. nampak bebenor menipu nyer. boleh gak tahu apa yang mereka kat sana nak kongsi ngan penonton. ramai gak artis malaysia yang mengikuti perkembangan shahrukh. siap buat jadi idola lagi. 

seronok gak tengok pengacara nasi lemak kopi o pakai pakaian india. rasa nak rembat jer buat balik. banyak lagu dan video clip yang dipaparkan tadi. cerita tentang shahrukh dalam tv9 nie sebabnya ada segmen nostalgia. mungkin tiap-tiap sabtu kot diorang buat. jarang sangat tengok rancangan nie sebab tu tak tau sangat.

banyak sebenarnya boleh dikongsi tentang shahrukh nie. bukan sekadar dirinya sebagai seorang pelakon sahaja. semua orang cakap taksub dengan shahrukh khan. bukannya taksub pada dia. cuma mengambil contoh dari dirinya sebagai seorang insan. banyak yang kita boleh belajar darinya sebagai seorang insan biasa macam kita, bukan sebagai pelakon

boleh dikatakan sebagai hormat atau idola jugak la. shahrukh dijadikan idola sebagai seorang insan yang berjaya, seorang ketua keluarga yang baik, seorang teman yang boleh berkongsi rahsia. yang paling penting dia memang menghormati wanita. bukannya kata yang lain tidak menghormati wanita. tetapi, apa yang diluahkannya dengan kata-kata dan perlakuan amat baik dan rasa..owh..terharunya. shahrukh pun sendiri mengakui dia tak banyak kawan lelaki. malahan ramai dikalangan kawannya adalah wanita. pernah ada yang mengatakan sifatnya yang lembut dan pemalu menggambarkan dia sebagai seorang gay. tapi, semua tahu yang dia seorang lelaki sejati kan.

sepanjang shahrukh berlakon dan mengeluarkan filem nie banyak dah dapat ditonton. ada yang ambil dari kawan, ada yang tonton dalam tv, ada gak yang download sendiri, dan yang penting ada dvd buat koleksi. kalau citer-citer lain rugi jer nak beli dvd. baik download jer dari internet. lagi senang. tapi entah naper bila ngan shahrukh jer kene beli gak dvd film dia. siap ori lagi. yerla...kalau cetak rompak tengok sekali dua jer. buat membazir jer. koleksi-koleksi dvd yang ada pun entah baper kali dah pasang. tapi yang herannya tak pernah bosan tengok lakonan shahrukh.
ini antara film lakonan yang pernah lihat. semuanya bercampur. masa muda ngan masa sekarang. ada yang jadi hero no2. ada yang jadi penjahat. ada gak yang shahrukh sebagai penampilan istimewa.
THE INNER AND OUTER WORLD OF SHAH RUKH KHAN
bibliography nie menceritakan perjalanan hidup shahrukh dari mula-mula dia bertapak sampailah sekarang nie. kalau korang dapat tengok mesti banyak pertanyaan dalam kotak fikiran kan. yang utamanya tentang agama dia. bab tu tak tahulah nak komen apa. biar shahrukh dan Maha Pencipta jer yang tahu. tapi kalau korang lihat peribadinya dan pengurusan tentang hidup memang cukup teratur. walaupun seorang pelakon yang berjaya (dikatakan populariti melebihi tom cruse) tetap juga tahu macam mana nak uruskan keluarga dengan baik.(yela..kan ada pembantu)

apa yang baik kita jadikah ikutan. apa yang buruk tu, kita jadikan sebagai teladan.
=))

You May Also Like

6 comment

Daisypath Happy Birthday tickers