bangkitlah wahai sahabatku sekalian
"eee...nak kene buat presentation la. takot nie cam ner. banyak lagi tak prepare"
"tak payah takut. yakinkan diri yang awak boleh buat"
"alamak...exam dua minggu lagi nie. aduhhh..mati aku. macam mana nie nak buat"
"jangan risau. focuskan diri. InsyaAllah..awak boleh buat punya"
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
banyak kan yang kita dengar keluhan dari kengkawan, secara tak langsung kita sendiri pun kadang-kadang pernah jugak memberikan keluhan yang sama. tapi ingat..apa-apa keluhan pun perlu berfikir dahulu sebelum buat.
"ala....awak kan pandai. boleh la cakap"
"awak kan boleh jer kalau buat spontan. tak macam saya. kaku jer"
"awak cakap sabar senag jer eh. awak dah pandai tak macam saya"
"okey...hellllooooo"
nie yang naik meradang tetiba plak kat sinie...dah..dah..jangan cakap lagi
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
sedarlah wahai sahabat ku sekalian. sekarang saya sedang diuji oleh Allah s.w.t dengan pinjaman kecerdikan yang tak seberapa. saya juga pernah mengalami keadaan yang sama seperti anda semua. saya bukanlah seorang yang dilahirkan dengan kecerdikan semula jadi. tapi, saya seorang yang sangat berusaha. berusaha untuk mencapai apa yang saya rasa perlu. itu pegangan yang saya pegang daru dulu sampailah sekarang ni.
jika anda kata saya pandai...alhamdulillah. saya bersyukur dengan pinjaman sementara ini. tahukah anda semua. kita sebenarnya sedang diuji. dan ujian saya adalah dengan kepandaian. Allah menguji saya untuk tidak riak dengan pinjaman ini. Allah menguji saya untuk membantu rakan-rakan sekalian dengan pinjaman ini. dan InsyaAllah...saya akan manfaatkan dengan sepenuhnya pinjaman ini sebelum ditarik semula oleh Yang Berhak.
dan ujian bagi anda sekarang pula dengan kekurangan dari segi 'kebijaksanaan'. saya bukan mengatakan anda bodoh...tapi anda akan 'bodoh' jika hanya mengerti untuk mengeluh tanpa berusaha. ujian yang didatangkan kepada anda sekarang ini adalah menguji bagaimana untuk anda berusaha menjadi lebih baik. ini juga adalah satu bentuk ujian walau kita sendiri tidak sedar. bukannya suka-suka ianya terjadi. sematkan dalam diri kita sentiasa...apa-apa yang berlaku disekeliling tentu ada hikmahnya.
dan sekarang saya ingin sangat mohon bantuan dari kawan-kawan sekalian...
bolehkah anda semua membantu saya....
anda mengatakan saya 'pandai' dalam segala benda...Alhamdulillah. saya bersyukur sangat dengan pinjaman ini. tapi, jika anda semua terlampau dan sentiasa memuji saya..anda sebenarnya bukan membantu saya bahkah menambah derita buat saya.
janganlah anda membantu saya menambahkan lagi 'aset-aset' yang senantiasa berganda ini. tahukah anda setiap perbuatan kita juga sentiasa diperhatikan oleh syaitan durjana. dikala anda 'memuji' saya, syaitan juga tengah 'memuji' saya. akan timbul juga rasa riak di dalam hati saya ini walaupun dalam keadaan saya tidak sedar. ini adalah ujian yang sangat berat buat saya. anda membantu saya riak dalam saya tidak sedar.
saya cadangkan...
daripada anda senantiasa mengeluh, daripada anda 'memuji' saya...apa kata jika kita sama-sama bekerjsama selesaikan masalah yang kita ada. saya bantu anda, dan anda juga bantu saya. ingatlah, mungkin apa yang saya tahu, anda tidak tahu. tapi, mungkin juga apa yang anda tahu, belum tentu saya tahu. dan apa-apa yang kita tahu, sama-samalah kita bantu. dan apa-apa yang kita tak tahu, janganlah kita buat tak tahu sahaja. tetapi, jadikanlah ia sebagai tahu bagi kita.
~ jadikan diri kita sebagai sebatang pokok.
walaupun orang luar mencampakkan batu pada kita,
kita membalas dengan buah kepada mereka ~
3 comment