perdebatan wacana perdana ke-11
alhamdulillah...berkesempatan kali ini di Balai Islam, Kota Bharu. ingatkan mula-mula sampai, dah lama diorang berdebat, rupanya baru mulakan wacana. maklumlah pukul 9 mlm lebih baru bertolak dari rumah. excited sangat nak pergi kan, kol 9 lebih pon hentam la jugak. tak tahu nak pakai apa, bedal jer jubah senang. ingatkan nak rasmi time raya nie, dah rasmi awal-awal lagi.
mula-mula wacana perdana dalam keadaan biasa jer. maklumlah baru nak rasa feel dalam dewan kan. makin lama makin hangat. dah macam nak 'bergusti'.
satu persatu dikeluarkan bidasan dari panel-panel jemputan. semuanya beserta dengan hujah masing-masing. masa kat sana pun tak dapat nak masuk dalam dewan sebab penuh sesak sangat. maklumlah, dah lewat skit sampai. terpaksalah dok kat luar tengok melalui skrin besar. ramai jugak la kat luar pun.
makin lama dah jadi makin hangat. semuanya dok bersorak dengan kata-kata hujah ahli panel. secara jujurnya dari pemerhatian, dari semua panel yang hadir, dr riduan tee lah rasanya paling sikit dapat berhujah. sebab dan kenapa yang sebenar tak berani saya katakan. tapi ada sebab dan munasabah yang saya tahu kenapa beliau disorak semasa bercakap. dr riduan siap berdiri lagi semasa beliau berhujah. maklumlah, bila jer dia mula berhujah dah kecoh satu dewan. tenggelam timbul jer suara beliau. tapi dari pandangan peribadi, saya 'kurang gemar' dengan hujah-hujah beliau.
panel yang paling banyak 'dilanyak' dengan soklan malam tu tak lain tak bukan ust. fathul bari. moderator siap membilang lagi berapa ramai penanya soklan yang beratur. kalau diikutkan lebih asanya pukul satu nak habiskan semua soklan malam tu. tergeleng-geleng kepala ustaz bila dapat soklan yang bertubi-tubi tu. mananya tak...hampir kesemua soklan yang diberikan bertujukan pada beliau.
mungkin kerana saya dari kelantan, secara tak langsung saya bersetutju dengan hujah-hujah yang diberikan oleh dr fadzli. saya bukannya berat sebelah atau pun menunding jari pada mana-mana pihak. tapi saya tahu perasaan yang sebenar bila 'hak kami ditidakkan'. apa yang dr fadzli katakan sedikit sebanyak adalah suara hati rakyat kelantan sendiri.
tapi, dalam banyak-banyak panel yang paling saya suka bila berhujah tak lain tak bukan DR MAZA. niat pertama sebenarnya untuk bertemu beliau di sana. itu hanyalah niat semata-mata. tapi ilmu yang telah saya dapat malam tadi tak dapat diganti dengan benda lain. suka dengar dr maza lantang bersuara malam tadi sebab hujah-hujah beliau tak berat sebelah dan menyeluruh. apa yang beliau nampak salah, beliau katakan ia salah. tapi, bila beliau nampak ia betul, kenapa tidak beliau cakap itu betul.
teringat kata-kata beliau malam tadi. 'jika seseorang itu mendirikan solat dihadapan pintu utama dimana ramai orang yang lalu lalang, orang yang berjalan itu tidak berdosa, tetapi orang yang mendirikan solat itu yang dijatuhkan dosa padanya'. situasi yang simple dan mudah difahami tapi ada maksud besar yang tersembunyi disebaliknya.
soklan yang diajukan malam tadi ada yang kelakar giler. sampai tergelak satu dewan. ada jugak yang terselit dengan royalti minyak, tentang mengundi dan macam-macam lagi lah. sampaikan saya yang berada di luar dewan merasakan bahang perbahasan begitu hangat sekali. dari luar ke dalam, terdengar sorakan-sorakan dari rakyat kelantan. bak kata dr maza, ini mungkin kerana semangat rakyat malam tadi semangat bola dan kemungkinan juga orang kelantan meluahkan perasaan mereka sebab mereka tak dapat siaran-siaran utama di rtm dan tv3. dan yang paling kelakar bila moderator sendiri 'dibedil' oleh ahli panel.
ikhlas saya katakan, jika anda berada di tempat kami di sini, anda tahu betapa peritnya kami ditindas dan ditidakkan tentang hak-hak kami. tapi mungkin ada yang cakap, "habis..ko yang tak nak tukar pemerintah kan". kelakar kan soklan cam tu. saya nak tanya balik, "negeri-negeri lain yang anda semua cakap bagus tu, betul ker maju sangat? kalau setakat jadi macam negeri kami, baik tak payah cakap banyak". sekurang-kurangnya pemerintah kami di sini sedaya upaya bangunkan negeri 'mundur' nie menjadi maju sehingga sekarang. biarlah orang cakap kami negeri 'mundur' asalakan kami sentiasa maju dalam 'ilmu dan agama'.
satu perumpamaan yang saya nak katakan, "anda ada sebuah rumah yang didirikan atas tanah sendiri. suatu hari ketua kampung merampas rumah anda tanpa alasan yang kukuh. anda terpaksa bekerja keras semula untuk mendirikan sebuah rumah lain atas tanah yang lain untuk kesenangan keluarga. rumah yang lama tadi digunakan oleh ketua kampung untuk disewakan pada orang lain dan mendapat manfaat atasnya. anda langsung tak mendapat apa-apa malah dinafikan hak atas rumah tersebut. anda berhempas pulas mendapatkan balik rumah tapi kesemua geran dan dokumen telah diambil oleh ketua kampung dan bersekongkol dengan pihak lain untuk mendapatkan rumah rampasan beserta tanah tadi"
apakah perasaan anda bila berada di dalam situasi tersebut? rasa nak marah? suka? geram? atau tak kisah jer sebab boleh cari yang lain. orang yang berfikiran matang dan waras tahu apa yang sedang dia lakukan untuk mendapatkan hak-hak kembali pada sedia kala.
janganlah anda berkata sesuka hati jika tidak merasai apa yang kami rasakan di sini. cuba anda datang sendiri ke sini dan alami sendiri keadaan kehidupan seharian kami. anda akan tahu apakah perbezaannya.
~ peace no war ~
2 comment