jom kita serbu red velvet cake
* ehsan en google *
lama sangat mengidam nak buat red velvet cake nie. sejak dari LI lagi dapat resepi tapi tak jugak buatnya.
alhamdulillah...sempena raya haji tempoh hari yang beraya kat 'perantauan' nie, cake yang lama dok ngidam nie akirnya masuk jugak dalam perut.
sambil beraya ngan mamber, apa salahnya buat sekali red velvet kan.
lepas cake tadi dah siap bakar..
rupanya bukan main lagi geram jer tengok kan.
apasal la tak cantik sangat aku buat nie.
tak per la...bila masuk perut semua jadi sama kan.
ayat nak sedapkan hati jer.
taa..da..ni hasil semua lepas sapu dengan cream cheese atas kek tadi
resepi nie buat yang berganda sebab nak buat dua tingkat
jadi ke tak tu tuan punya yang tahu
bila post semalam ramai pulak yang tanya resepi plak
jadi..rasanya baik tulis jer kat blog nie dan bagi jer link kat saper yang nak
lagi senang kan semua tahu resepi red velvet cake nie
dah..dah..daripada banyak dok membebel lagi
baik tulis cepat resepi nie.
jom...:D
red velvet cake
bahan A
- 1 2/3 cup self rising flour
- 2 tbsp serbuk koko
- 1/2 tsp baking soda
- 125 gm butter
- 1 cup gula halus/gula kastor
bahan B
- 2 biji telur gred A
- 1/2 cup fresh milk
- 1/4 cup buttermilk (1/2 cup milk + 1/2 tbsp cuka - biarkan 15-20 min)
- 1 tsp esen vanilla
bahan C
- 1 tsp cuka
- 1 tsp pewarna gel merah
cara-cara membuat
1. butter + gula - pukul berkrim
2. masukkan telur satu persatu. mix well setiap kali masuk
3. tambah esen vanilla
4. tambah bahan tepung selang seli dengan buttermilk dan susu segar
(mula-mula masukkan 1/3 tepung, 1/2 buttermilk & susu, 1/3 tepung, 1/2 tepung, 1/2 buttermilk & susu, dan akhir sekali masukkan tepung) - start with flour end with flour!
5. tambah cuka dan pewarna. kaup balik dengan sepatula
6. bakar dalam oven 170`c, 30-40 min (saiz loyang 8' @ 9')
topping red velvet cake : cream cheese frosting
- 227 gm cream cheese
- 227 gm mascarpone @ cream cheese
- 1 tsp vanilla
- 115 gm icing sugar - ayak
- 360 ml heavy cream (whipping cream)
1. pukul cream cheese + mascarpone + cream cheese - smooth
2. tambah vanilla, tambah sugar - sugar
3. tambah whipping cream sikit-sikit
nampak banyak kan resepi dia. tapi tak susah sebenarnya nak cari bahan.
eh..satu bahan tak jumpa nak cari, mascarpone. yang nie kalau tak jumpa tak per,
guna jer cream cheese.
nak cari jugak tu terpulang la. kalau ada pun mahak sikit la sebab ia asal dari italy.
apa pun selamat mencuba..:D
1 comment