SELAMAT TINGGAL 2018

by - 11:31:00 AM

Assalamualaikum wbt.

Pejam celik pejam celik dah nak habis tahun 2018. Rasanya macam baru merasa tahun ni, tup tup dah habis. Baru nak tambah aktiviti baru dah kene tukar plan ke tahun hadapan. 

Banyak ragam banyak suasana banyak memori yang berlaku tahun ni. Ada yang suka ada yang duka. Paling penting tahun ni siap kene warded lebih kurang seminggu di hospital gara-gara nyamuk. Adehh...kalau diingatkan semula seriau rasanya badan ni. Sampaikan sekarang kalau dengar nyamuk lalu lalang dan nampak terbang terus rasa macam seram sejuk jer. Gaya dah macam fobia dah jadinya ni. 

Paling best tahun ni boleh dikatakan aktif jugak. Aktif dari segi fizikal, rohani dan jasmani. Paling aktif dari segi aliran tunai. Pening mak nak fikir. Tahun ni boleh dikatakan banyak juga masuk larian yang ada sekitar Putrajaya dan Selangor. Asalnya hanya nak kumpul medal sebenarnya sebab semua design cantik sangat. Siap ada bentuk kucing lagi. Tapi ada juga yang terlepas tarikh. Ini pun disebabkan sakit tak larat nak lari. Dapat kumpul baju sahaja la. 

Ha. Sebut pasal baju pun, boleh dikatakan banyak juga dapat kumpul tahun ni. Baju larian, baju yang orang bagi balik dari bercuti. Tak campur lagi baju yang beli masa bercuti. Alahai...pening pulak nak fikir kalau pindah rumah macam mana ni. Maklumlah sekarang masih menyewa.

Lagi best tahun ni dapat pergi trip dua kali ke luar negara. Itupun negara jiran sahajalah yang mampu setakat ni. Angan-angan ni kalau boleh nak juga sampai negara eropah tapi fuhhhh....sabarlah wahai hati. Kita kumpul mana yang patut dahulu baru fikir nak pergi mana. Tapi sebenarnya ummi ada tanya sebelum ni nak pergi Mekah tak tahun depan. Soalan cepumas yang tak dapat nak balas. Terdiam sekejap. Kalau cakap nak pergi tapi hati tak bersedia lagi. Kalau cakap tak nak pergi rasa macam tak tergamak. Tak apalah..kita doa yang baik-baik sahaja. InsyaAllah mungkin ada rezeki akan datang.

Dugaan yang nak cakap kelakar pun ada juga ni. Dapat demam denggi pulak dah. Itu pun nak penamat tahun dapat demam ni. Nak gelak sebab macam mana boleh dapat demam denggi. Kalau orang tanya macam mana perasaan sakit demam ni tak tahu nak cakap macam mana. Tapi Alhamdullillah badan letih sahaja sendi tak rasa sakit. Satu lagi kepala ni pening memanjang. Yang terdaya hanya tidur baring kat hospital. Nak makan pun tak ada selera. Yang paling kelakar masa first day di hospital, esoknya tengok muka di cermin menjerit sendiri sebab tak kenal muka dah. Bengkak ya amat dah ni. 

Kenangan yang paling perit tahun ni pula dapat 'boss' baru. I just cant figure out why he bevahe like that. Any action that I did everything goes wrong to him. Always get scolded almost every months. Urghh..and almost my colleagues knew about my situation. If you ask every level at my office they can tell you everything. I just couldn't hide my face anymore. I did my part well but he still tries to make excuses. My colleagues suggested me to find a new job since they couldn't stand to see my get scolded almost every week. Don't worry, I have applied almost 100 vacancies from executive even to PA. I just don't care about it as long as I didn't have to see his face anymore. You know, almost everytime I heard WA tone, my hurt pounding and I feel stress because I knew I will get scolded again. Even for a small matter, it will become bigger because of him.

Okey. Nevermind. I will bear it as long as I could.

Smile again.
😊

Before we end this year, I share some memories with you.
Have fun.

Don't forget. Be bold. Be best. Be good. Be good to people.
✌✌




You May Also Like

0 comment

Daisypath Happy Birthday tickers