TALI KE SYURGA

by - 12:33:00 PM

Assalamualaikum wbt.
Salam Ramadhan

ihsan: pexels.com by fatemah khaled

Alhamdulillah masih sempat untuk merasa ramadhan kali ke-30. 
Untuk kali ni aku nak kongsikan pengalaman sendiri berkaitan kalam Allah.

Alhamdullilah rezeki yang diberikan aku dapat khatam kalam Allah pada usia yang sangat muda, pada umur 9 tahun. Masa ni, famili buat sambuat khatam al-Quran secara besaran di rumah. Sambut bersama kakak dan abang. Kebetulan semua habis pada masa yang sama jadi famili cadangkan untuk buatkan satu majlis untuk kami adik-beradik.

Rezeki. Ajal Maut. Jodoh.
Semua ditentukan olehNya

Di usia muda aku sangat alpa dengan kejayaan yang sangat kecil. Selepas sahaja khatam al-Quran, aku semakin lupa. Arwah nenek pernah pesan. Walaupun kita sudah khatam al-Quran, tapi ia bermakna kita akan tutup kitab Allah.
Aku dengar. Aku faham. Tapi sekadar mendengar. Sekadar memahami.
Terus alpa.

Alhamdulillah. Aku terima rezeki Allah yang baru.
Aku diterima masuk ke sekolah berasrama penuh.
Antara aktiviti utama yang aku perlu jalankan adalah membaca al-Quran.
Setiap minggu guru al-Quran akan hadir ke masjid sekolah untuk mendengar bacaan kami semua. Aku teringat zaman khatam dulu. Kononya sangat yakin masih boleh membaca. Pada umur 13 tahun aku baru mulakan kembali bacaan al-Quran. Lancar. Yakinnya diri. Aku gagap. Sangat gagap.
Tercengang. Aku pernah khatam dulu. Kenapa gagap.
Selama tiga tahun aku di sana, banyak benda yang aku belajar semula.
Alhamdulillah bacaan makin lancar dan dapat baca dengan yakin.

Pejam celik selepas tiga tahun di sana, aku berpindah ke sekolah lain.
Sekali lagi aku tinggalkan. Dengan yakinnya. Aku terus tak peduli.
Sehinggalah aku berada pada umur 20 tahun.
Aku mendapat rezeki yang baru. Dapat menyambung pengajian ke IPTA. 
Alhamdulillah. Rezeki ujian pada aku.

Pejam celik aku masuh tahun tiga.
Semua pelajar tahun tiga dan empat diwajibkan untuk tinggal di luar kampus.
Al-Quran. Ada. Sentiasa menjadi peneman aku kemana sahaja.
Tapi sekadar peneman. Aku baca. Tapi bukan membaca yang mengala ke arah khatam al-Quran.

Allah menjentik aku dengan hadirnya rakan yang baik. Aku sebenarnya bersyukur dapat berkenalan dengan rakan yang aku ada sekarang ni. Mungkin merekalah yang menjadi pemangkin untuk aku kembali mulakan bacaan semula. Sebab apa. Mungkin sebab aku malu. Setiap kali selepas solat maghrib ada sahaja sahabat yang membaca al-Quran. Aku. Terus membuka notebook. Semakin hari, aku cuba kuatkan diri untuk membuka semula al-Quran yang sentiasa aku bawa. Malu. Segan. Takut salah baca. Semuanya memang ada dalam minda. Malu sebab aku baru sahaja mulakan membaca sedangkan mereka sejak dari awal lagi. Segan sebab dah lama aku tinggalkan, banyak bacaan aku gagap sekali lagi dan banyak salah bacaan.

Tapi, alhamdulillah dengan sikap aku tebalkan muka aku dapat kembali ke fitrah yang asal. Dapat mengumpul semula pahala yang dah bertahun aku tinggalkan.

Semenjak dua tiga tahun kebelakang ni, aku cuba untuk membaca kalam Allah setiap kali selepas solat maghrib. Setiap kali ramadhan, aku cuba untuk khatam al-Quran dalam tempoh sebulan puasa.

Alhamdulliah. Alhamdulillah. 
Semua berjaya.
Untuk kekalkan kembali keyakinan dan istiqamah bukan senang.
Nampak mudah. Baca sahaja. Baca al-Quran.

Apa yang aku belajar dari hidup.
Kita hanya Hamba.
Dia yang Menciptakan.
Dia yang Memberikan Petujuk.
Selama mana kita hidup, sentiasa cuba untuk kumpulkan pahala.

Senang.
Payah.
Senang.
Payah.

Senang untuk kita ungkapkan.
Payah untuk kita jalankan.

Selagi mana Tuhan memberikan Iman dan Taqwa jangan pernah engkau siakan.

🍑 Smile again. 
😊 Don't forget. 
Be bold. 
Be best. 
Be good. 
Be good to people. 
✌✌

You May Also Like

0 comment

Daisypath Happy Birthday tickers