suami mithali...isteri solehah

by - 11:55:00 PM

Ya Allah, ujian yang Kau berikan kepada hambaMu ini sememangnya amat berat untuk dulalui. saat-saat getir seorang diri segala kelumit masalah Engkau tetap disisi. sehingga akhirnya Engkau utuskan seorang anak adam menemaniku sepanjang hayatku. bersama menghadapMu, bersama melalui ujin dariMu. bukannya tinggi permintaan ku, sekadar dapat membimbing ke jalan yang benar dan lurus, syukur aku ucapkan. tidak ada madah lain yang dapat diutarakan selain ALHAMDULLILAH jika semuanya menepati hati.
anak adam yang bergelar suami sememangnya payah untuk memikul tugasan yang berat. membimbing dan membantu isterinya ke jalan yang diredhai. untuk mencari seorang suami yang betul-betul untuk diri sendiri tidak semestinya seseorang yang begitu hebat dan berpengaruh.

seorang isteri juga perlu mencari seorang suami yang berharta. berharta di sini bukannya harta wang ringgit dan kekayaan. harta yang diinginkan adalah harta budi bahasa dan akhlak yang baik. rupa paras bukan menjadi bahan utama, ckuplah sekadar sejuk hati memandang kerana dialah yang akan menjaga kita seumur hidup. menjaga dikala sakit dan sihat, dikala gembira ataupun sedih.

bagi diriku, cukuplah suami itu yang dapat membawa ke alam syurga, membimbing ke jalan yang diredhai Allah. seorang suami bagiku juga dapat mengajak dan mengajar membaca Al-Quran, dapat menegur di kala aku melakukan kesilapan. paling penting, suami tersebut dapat mengejutkan aku untuk sembahyang fardhu subuh dikala semua lena diulit mimpi indah, dapat mengajak sembahyang jemaah bersama-sama. seorang suami perlu sabar dalam apa juga cabaran yang dihadapi, tidak mudah melenting dan mendengar luahan hati isteri dan juga memahami isi hati seorang wanita yang bergelar isteri.

untuk mencapai keluarga yang diinginkan, seseorang anak adam dan hawa perlu memahami doa 'memohon kesabaran' kerana 'sabar' merupan suatu aspek yang sangat luas. aku juga memohon agar Allah memberikan kesabaran yang tinggi dalam diri ini. sifat kesabaran aku sangatlah tipis. suka melenting dan marah memang habit dari kecil lagi. sehingga ummi selali berpesan supaya kurangkan kemarahan yaang ada pada aku. jadi seorang wanita yang banyak bersabar. sifat kesabaran itu juga yang akan menarik hati anak adam untuk dijadikan ibu pada anak-anak mereka.
DOA MEMOHON KESABARAN

aku juga memohon agar Allah menerangkan hati hitamku ini. hati yang keras dan sifat yang kasar, susah untuk dilentur. tapi, jika hati itu sering dibasahi dengan doa-doa yang baik.
DOA PENERANG HATI

You May Also Like

0 comment

Daisypath Happy Birthday tickers