nak lepak tapi tak tau jalan

by - 11:31:00 PM

wah...memang penat skit hari nie. macam mana tak penatnya. keluar rumah tengah hari, balik pulak dah petang. tak tidur satu hari memang rasa letih skit. hehehehe..kantoi plak asyik tidur jer kat umah. dah tak der kerjer nak buat. makan tidur jer la. tak pun main tenet kejap. amende kejapnya kamaliah. awak tu kalau dah main tenet, tak makn tidur pon tak per. owh. owkey..saya mengaku la.

dah..dah..dah..bukan nak cakap pasal makna tidur kat sinie yer. samapi kt kb mall lepak jap ngan bebudak nie. sembang skit lama sangat tak jumpa. padahal ada gak yang pi BBQ kat melawi tempoh hari. sebelum tu nak perkenalkan mamber yang pi tadi. 

kitorang sembilan semuanya termasuk diri nie..
nuyu
aishah
paddy
wawa
che tin
syuk
linda
nadi
mula-mula sampai kat kb mall, bincang nak pergi mana lepas nie. cadangan yang bernas..kitorang pi pusing satu kb mall dulu. ala..window shopping jer. ingat nak survey gak untuk raya nie. mana lah tau kot-kot ada yang berkenan. boleh la beli. awal lagi? amende awalnya. kalau pergi time raya, almaklumlah. kalau tak habis, tentu penuh sesak dengan orang ramai. tak daya den nak poi terjah kat orang ramai eh.
dah puas kitorang round satu kb mall tu......so kitorang decide pi kt mcd. makan kat situ jer la. tu pon lepas orang sembahyang jumaat. almaklumlah...kat sinie, waktu sembahyang jummat, semua kedai wajib tutup. bergelak ketawa kat mcd. riuh benor dengan suara bebudak nie semua. tak terlayan. . lama sangat tak jumpa kot. sebab tu suara terus kuat. 
dah kenyang nie, solat jangan lupa. tapi nak pi mana lepas nie? apa lagi PCB la masa kat tengah jalan nak pi PCB, kitorang benti jap kat tengah jalan nak menghadap Ilahi. opss..tepi jalan yer. takut la kat tengah jalan. takut dilanggar dek lori karang.

tadi dah makan kat mcd. skang makan lagi ke? tak syok la kalau pi pantai tak makan walau pun skit kan. ala...makan seafood jer. kongsi ngan semua. campur dengan air kelapa + aiskrim  

lepas dah puah habiskan makanan segala bagai tu. apa lagi kan..ambik gambar tepi pantai la. adooiiii...hujan la pulak aih. kat sinie kalau petang jer mesti hujan skang. dak-dak nie semua apa kira. redah jer. gambar tetap nombor satu. siap ber'posing-posing' lagi.
yang penting semua enjoy kat sana. nanti kita pi lagi na...kerjer nak pusing-pusing jer. padahal jalan nak pi mana pun tak tau. credit to aisyah, che tin, dan wawa. thanks sebab bagi tau jalan balik. kalau tak berkampung la kat tengah jalan tu ha.

p/s: kalau tak tau jalan..dok rumah jer lebih baik yer cik kamaliah
< love you all....=)) >

You May Also Like

4 comment

Daisypath Happy Birthday tickers