solat...malas laaaa

by - 11:39:00 PM

"ish...malas la nak bangun. tidor lagi best"
"aduuhh..apesal lak terjaga nie. lambat lagi la nak siang"
"amemder ko gerak aku awal-awal nie!!!"

"eh..bangun la. dah masuk waktu nie. nantikan terleka, lambat plak. takut-takut terlepas pulak"

"tau la..aper ko sebok"

"eh, dah solat belom?"

"kejap la!!!!"

"eeee..solat!!! solat!!! solat!!! tak der benda lain ke nak cakap!!!"
"malasnyer nak bangun. tdor la dulu. keja lagi la baru solat"

"aduuhhhhh...dah terlepas plak"

"hari-hari kene solat. tak boleh ke kalau tak buat sekali. bukannya selalu pun. kan dah banyak kali solat. tinggal jer la sekali sekala"

"orang lain tak solat, boleh jer dia hidup macam tu. tak der apa-apa pun berlaku kat dia"
"ala..buat-buat lupa la, terlepas ke. bukannya orang tahu pun"
"cakap jer dah solat. kan senang"

macam-macam kita kalau masuk jer bab solat. ada-ada jer yang tak kene. ada jer alasan yang datang. ada sahaja idea yang nak dibahaskan.

"orang tu tak solat tapi dia berjaya gak. kenapa saya solat tak pun berjaya"
"kalau tak solat tak bermakna saya jahat"
"yer la. saya kan jahat. dah la tak solat"
"eh...ingat orang yang solat tu baik sangat ker. tak der buat salah ker"
"banyak lagi la amalan lain yang saya buat"
bernas bukan alasan yang diberi. semua ini untuk lari bila ditanya bertubi-tubi pasal solat. yer..memang ada situasi yang orang tak solat dia berjaya, dan orang tak solat dia tak berjaya. tapi perlu diingat disebalik hikmah semua ini. selitkan diminda bahawa Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Dia memberikan kejayaan pada hamba yang tak patuh pada perintahNya kerana Dia masih lagi memberi peluang untuk hambaNya ini berfikir sejenak dimana perlunya kembali ke pangkal jalan yang lurus. ingatlah bahawa semua kesenangan dan kegembiraan dalam kejayaan tak berakhir dengan kesenangan. akan ada dugaan di hadapan yang diri sendiri tak mampu untuk atasinya. bagi hamba yang selalu solat tapi tidak pula mendapat kejayaan yang diimpikan itu, cuba lihat semula apakah langkah-langkah yang diambil untuk menuju ke arah kejayaan itu adalah betul. jika hanya bersujud siang dan malam mengharapkan kejayaan dari langit tanpa usaha, sememangnya itulah yang akan anda dapat. berusahalah dengan bersungguh-sunggug terlebih dahulu, barulah tawakkal kepada Allah. dan bukannya tawakkal kepada Allah tanpa berusaha.

tidak semua orang yang solat itu baik, dan tidak pula orang yang tak solat itu jahat. teringat kisah yang pernah diceritaka oleh sahabat, dimana seorang pemuda yang selalu melakukan dosa yang tak sepatutnya dia lakukan padahal dia seorang yang kuat beribadah. walaupun dia tak pernah meninggalkan sembahyang, dia tak boleh hindarkan diri untuk tidak melakukan dosa yang sama. INGATLAH!!! sembahyang itu adalah kewajipan pada semua umat Islam di dunia seperti yang termaktub dalam rukan Islam yang kedua. sebagai umat hamba Allah s.w.t. wajiblah beribadah kepadaNya walau ada serba kekurangan dalam diri. kata orang, "solat pun buat dosa gak. baik tak yah solat" hey!!! SOLAT ITU WAJIB. kesilapan dosa dalam diri itu lumrah pada diri manusia. tak ada manusia pun yang tak pernah melakukan kesalah dan dosa dalam hidup. jadi tak mustahil bagi seorang yang kuat beribadah pun melakukan dosa. jika kita ada membuat sebarang kesilapan cepat-cepatlah bertaubat dan meminta ampun dariNya. sebagai hamba Allah, yang diwajibkan kita solat, jadi solatlah. untuk dosa-dosa yang lepas dan mendatang itu, semuanya dihitung oleh Allah. Dia lagi Maha Mengetahui isi hati kita sendiri walhal kita sendiri pun tak tahu apa isi hati kita sendiri. Allah itu Maha Pengampun. jadi tak usah takut untuk bertaubat kepada Allah. tapi ini tak bermakna dibolehkan melakukan dosa. apa yang boleh kita elak, kita elakkan dari membuatnya. apa yang tak dapat kita elakkan, berserah padaNya.

selama saya diberi nafas untuk hidup ini, banyak yang dah saya pelajari dari persekitaran. banyak ragam manusia yang penat dah untuk difahami. pernah dulu ada seorang sahabat yang liat sangat nak solat. padahal dia selalu nampak saya solat. tapi itu memang salah saya tak tegur dia kan. saya ingatkan bila dia nampak saya solat tergerak rasa nak solat ke apa ke kan. bila dah selalu dia macam hati batu. itu memang salah saya yang tak tegur dia. last-last, saya rasa tak tahan dan kami macam dah 'bergaduh' tak bertegur sapa. dan itu memang salah saya. saya tak pernah tanya apa masalah dia dan tak pernah pula nak nasihatkan dia. Ya Allah...maafkan hambaMu ini. sepatutnya saya nasihatkan dia, bukannya putuskan hubungan sesama saudara Islam. itu salah saya. dan saya belajar dari kesilapan ini. saya belajar bagaimana nak tarik orang untuk kembali pada yang benar daripada berdiam diri membatu dan menghina mereka. ya..itu juga salah saya dulu.

pernah juga saya bertemu dengan sahabat saya ini yang dah lama barangkali tak solat. mungkin kerana persekitaran yang dia berada sekarang ini. selepas kami berkawan, lepak sesama, makan sesama, mungkin dia terbuka hati untuk solat semula. Alhamdulillah..hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya pada ketika itu. gembira sehinggan tak terkata. saya tak kata yang dia berubah kerana saya. ini semua kuasa Allah. saya sebagai hambaNya membantu hambaNya yang lain bersama mencari sinar kebenaran. akan tetapi....biarlah. hanya Allah sahaja yang tahu isi hatinya.

dari hemat penglihatan saya juga, banyak sebenarnya yang di luar dugaan yang tak sangka sangat. jangan ingat yang sempurna auratnya itu solat, dan yang tak sempurna auratnya itu tidak solat. (tapi wajib bagi kita umat Islam menjaga aurat) mereka yang menutup ini tidak segan silu melihat yang tak menutup ini menjaga solatnya. tidakkah rasa malu pada auratnya.(oohh..saya memang salah di sini untuk menegur sedangkan diri sendiri pun bengkok. maaf di sini) ikhlas saya katakan yang saya lagi rasa hormat bagi yang menjaga solatnya daripada auratnya (sekali lagi saya minta maaf atas teguran yang tak berhemat ini) bagi saya, yang penting itu adalah hati, jiwa. semuanya dalam diri. teguhkan duru pendirian dalam diri. lama-kelamaan akan ada juga terbit untuk menjaga aurat itu. semuanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

SOALAN PERTAMA YANG DIAJUKAN MALAIKAT DI AKHIRAT KELAK ADALAH SOLAT. MALAIKAT TAK TANYA TENTANG PANGKAT ATAU HARTA YANG ADA

~maaf dalam penulisan. sekadar perkongsian~

p/s: teringat pesan ummi "ummi tak redha kalau anak-anak tak sembahyang. kalau dah ibu tak redha, Allah apatah lagi"

You May Also Like

1 comment

Daisypath Happy Birthday tickers