lambaian terakhir
kanak-kanak kecil berpakaian serba putih berpaling ke arah belakangnya. dibadannya berjubah putih, berketayap putih, tersenyum ke arah ibunya. senyuman yang hambar, puitis...bukan kerana suka melihat ibunya tetapi hiba melihat wajah yang dirasakannya itu akan hilang sekejap sahaja lagi. dengan tidah disedari air matanya bercucuran. si ibu pula kehairanan melihat anaknya yang jauh berdiri di sana dengan wajah yang sayu. diikutkan hati si ibu, hendak sahaja berlari anak menggapai tangan anak lelakinya. tetapi entah kenapa kakinya kaku seakan dipaku untuk berdiri di situ.
wajah kanak-kanak kecil itu makin sayu dan muram. tanpa menghiraukan keadaan disekeliling yang gelap dan disinari suatu cahaya, si anak kecil itu melambai tangan ke arah ibunya sambil menangis.
"ibu! abang nak mintak maaf dekat ibu. maafkan semua kesalahan abang yer"
"kirimkan maaf abang pada ayah, kakak, dan semua saudara kita"
satu-satunya suara yang kedengaran di situ. si ibu kebingunan perihal anaknya. hendak disuarakan persoalan, dirasakan seolah disekat di leher. suaranya tiba-tiba hilang. apa yang mampu dilakukan si ibu, air mata yang membasahi pipi.
kanak-kanak lelaki itu tiba-tiba lesap sambil melambai tangan ke arah ibunya. si ibu cuba memanggil nama anaknya itu tetapi gagal.
***
"abang!!!"
si ibu membuka matanya. rupa-rupanya itu semua hanya mainan mimpinya. dia merasakan suatu pearsaan yang sangat takut sekali. disedarinya, seluruh badan berpeluh dan....pipinya dibasahi dengan air mata. disegerekan si ibu ke bilik anak lelakinya. diusap-usap ubun di kepala sambil bberbisik..
"ibu sayang sangat kat abang. ibu tak nak kehilangan abang"
air matanya tak henti-henti bercucuran. di hatinya sentiasa berdoa agar apa yang dialaminya itu tidak memberi maksud yang disebaliknya.
AMIN...WALLAHUA'LAM
0 comment