~resah...gelisah...resah~

by - 2:02:00 AM

 
  aduhai bila dah namanya malam, mata aku ni memang tak mengantuk. 
orang lain semuanya dah lentok. aku jer yang berdiri gah mata...
hahahha, sabar jer la. dah dua minggu aku susah nak tidur malam. 
aduh, kalau berlarutan sampai kepanjangan memang la parah kan. 
harap-harap lepas ni tak jadi macam nie lagi. susah sangat badan. 
kalau dah tak boleh tidur malam, maknanya tidur petang la jawabnya. 
memang bangun lewat petang la kan...

tak apa la kot. skang ni tengah musim exam. 
boleh la aku ambik peluang buat revesion skit kot. kelakar giler....
revision la sangat sambil dengar hitz. 
boleh la kot dikatakan revision.
sambil baca sambil dengar hitz...
memang best la ni...
tak la sunyi sangat dok sorang
boleh la hilang aku kesunyian...

tiba-tiba aku rasa sedih la pulak kat sini...
sebab ape eh???
oh...tadi kak long sms
tanya bila aku nak pegi umah dia...
lepas tu, kak long cerita pasal dia
kesian aku dengar
tak sampai setengah tahun dia kahwin
dah berantakan...mmm...
mungkin adat orang kahwin kot
mesti ada yang gaduh...ada yang gembira


tapi, bila aku baca sms dia
sayu jer hati aku ni
kesian kat kak long pun ada
yer la...dialah satu-satunya kakak yang aku ada kat dalam dunia ni
kalau bukan aku...
siapalah lagi yang dia boleh kongsi cerita
aku ada jugak bagi sikit nasihat kat dia
supaya bersabar 
nak buat macam mana...

sebelum kahwin memang ada jer yang tak ditunjuk
lepas kahwin banyak la ragam yang tak kita sangka
sabar...sabar...sabar...
memang boleh diungkap dengan kata-kata
yang menanggungnya sangat berat
aku tahu kak long sedang alami krisis
mungkin ujian dari tuhan pada dia

~YA ALLAH... aku memohon kepada-Mu, 
Kau tunjukkanlah jalan yang benar kepada kak long dan suaminya
agar mereka dapat hadapi dugaan yang Kau berikan...
tabahkan lah hati mereka dalam menempuhi apa-apa dugaan dan cabaran
aku memohon padaMu agar ampunilah dosa-dosa mereka
dosa-dosa kecil mereka...
janganlah jadikan dosa-dosa kecil mereka 
sebagai dugaan yang mereka tak mampu tempuhi
Kau berikanlah kemaafan pada mereka, YA ALLAH...
Kau jagalah rumah tangga yang baru sahaja mereka bina
berikanlah fikiran yang tenang dan rasional pada mereka
hindarilah mereka daripada membuat keputusan yang Engkau tidak redhai~

bila aku ingatkan balik pasal kak long
membuatkan aku lagi tidak percaya pada golongan adam ni
kenapa kita perlu selindung sikap sebenar sebelum kahwin
dan kenapa kita tak dapat teruskan dengan keadaan seperti sebelum kahwin
~YA ALLAH... jangan jadikan hatiku sangat keras pada golongan adam ini~
aku semakin takut untuk fikir pasal soal perkahwinan
untuk menjadikan betul-betul..
makin tidak berani...

You May Also Like

0 comment

Daisypath Happy Birthday tickers