India guna buku teks Malaysia?

by - 11:12:00 PM

rata-rata mesti dah tengok kan citer hindi Paa kan
ala...yang abishek jadi ayah, amitabh jadi anak
kelakar nampak diorang jadi tunggang terbalik
sweet jugak tengok dua beranak tu kan
lebih-lebih lagi masa abishek gendongkan ayah dia
filem nie berjaya membuatkan pelakon utama wanita, vidya balan menang award
bukan calang-calang award lagi..Filmfare Award gitu
sama la ngan amitabh dapat menang award kat sana

dah..skang nie bukan nak citer pasal filem nie
memang dah citer pon kan
nak cakap pasal ada satu scene nie amitabh pegang buku teks dari malaysia
citer nie kan citer india... 
tapi kenapa buku teks malaysia lak?

hhhhmmmmm
cuba korang tengok...
sama tak???

ni buku mathematics kbsm..iaitu buku teks malaysia nyer
ini plak satu scene dimana aur(amitabh) belajar guna buku teks

sama kan???
kan dah cakap sama la

mesti korang pun terfikir macam mana orang kat sana leh guna buku kita lak kan
survey punya servey
rupanya citer Paa ni ada buat kat malaysia gak
scene yang diorang berlakon kat sekolah tu sebenarnya
sekolah kat taiping...King Edward VII school
memang betul la guna buku teks dari malaysia
adoooiii...sabor jer la
aku pun tertipu gak mula-mula
nasib baik dapat cari maklumat yang betul

p/s: satu dunia tengok citer nie...diorang perasaan tak buku teks dari malaysia tu...
gamaknya dak la kan...=))

You May Also Like

0 comment

Daisypath Happy Birthday tickers