segmen kenali diriku by acuteyha : 10 perkara/benda yang paling aku benci (5)

by - 1:10:00 AM

benci tak benci..bila dah tak suka benci gak kan. jom pikir aper la yang dok tak suka sangat nie.;))

1) paling tak suka kalau barang kita punya hilang..adooiiii..bila ngah nak guna tercari-cari tak jumpa-jumpa. rasa nak marah jer semua orang yang ada. padahal salah sendiri kan buang barang merata-rata. bengang ngan diri sendiri la tu maknanya. apaer da kama oiii...

2) rasa geram, sakit hati, rasa nak lempang jer orang tu bila dia sorokkan barang kama. mula-mula okeyla lagi kan sebab kama tau mesti dia nak bergurau. bila dah kama tanya elok-elok tak jugak mengaku memang naik hangin nie. cuna rasa apa yang kama rasa. mesti korang pon rasa aiiiiiii....tak leh nak cakap kan.
3) menyampah bila orang tak tepati masa. kama paham kalau sekali-sekala kalau dah lambat kan. mesti ada sebab. nie dah selalu buat orang dok menunggu, bukan lagi lambat dah tu..lembab teramat sangat. kama tak taula kalau orang yang tak hargai masa nie. apa la yang diorang buat sampai tak boleh tepati masa. kama jadi macam nie sebab memang dah dididik oleh keluarga tentang masa. kalau bab masa nie, zappp...terus tepat tau. memang tak boleh main.

4) benci sangat kalau orang yang suka berkira. dengan kata lain kedekut kot. kalau nak mintak tolong memang banyak jer alasan. siap buat muka lagi. tapi bila time dia mintak tolong ngan orang lain, senyum jer memanjang. bak kata pijak semut pun tak mati la tu. 

5) rasa menyampah sangat bila ada orang takutkan kama dengan benda yang kama tak suka. dia tau dah kama tak sukakan sesuatu, tapi dia nak jugak takutkan dengan benda tu. adooiiii...kalau boleh masa tu jugak ringan jer tangan nie melayang rasanya.

6) tak suka betul bila ada orang bercerita berbangga dengan diri. dah baper kali kama terkene dengan mamber macam nie. sesuka hati dia citer pasal diri sendiri, buat tu tal, buat nie la, pi sana lah. last-last semuanya berbohong. takder yang betul. terkene betul dia tipu kita hidup-hidup. aperlah manusia cam nie. ada gak yer. memang tak sedar diri langsung nie.

7) geram bila ada yang bermuka-muka. bila depan kita dia buat baik jer. rupanya nak korek rahsia kita. bila dah belakang kita dia bukak cerita pasal kita. yang naik hangin nie plak bila cerita tu ditokok tambah dengan bukan-bukan. apa motif sebenarnya dia kawan tu. nak ambik kesempatan ke apa nie. baik ko tak yah kawan ler macam nie. pi dok dalam hutan kawan jer dengan apa yang ko jumpa kat sana.

8) tak suka bila ada orang kejutkan kama dengan tetiba jer. tak kisahlah dengan cerita ke atau dalam keadaan kama tak sedar. bukannya apa, boleh sakit jantung nie tau kalau asyik buat macam nie jer. kalau nasib tak baik muda-muda lagi dah kene penangan jantung. kama memang tak leh terkejut sangat. badan mudah jadi penat dan panik dalam keadaan yang lama. berdebar dia bukan sekejap. boleh mengalir air mata tau.

9) kama paling benci bila orang kama sayang dikhianati dan disakiti. orang yang disayangi kat sinie tentulah keluarga dan kekawan semua. bila diorang nie kene perli, herdik, atau apa-apa jer kama memang melenting. sebab tu orang cakap mulut kama jahat. mulut nie kalau tak der yang cucukkan, tak der la yang melenting kan. untuk pertahanan diri katakan.

10) perkara yang paling utama sebenarnya nie bila kama tahu orang tu tak SOLAT. kama benci sangat-sangat, menyampah, rasa hina sangat, dan baik ko berambus dari pandangan kama la. bagi kama walau sejahat mana pun kelakuan, sekutuk mana pon perbuatan, walau merempit, bunuh orang, kutu rayau sekalipun solat jangan la lupa. itu satu-satunya tanda kita untuk orang lain yang kita nie ISLAM, dan satu-satunya tanda syukur yang mampu kita lakukan sebab dilahirkan di dunia nie. apa la perjalanan hidup dia kalau tak solat. SOLATLAH KERANA IA ADALAH TIANG AGAMA
p/s: dah terlewat sehari sebenarnya . sibuk sangat sampai tak sempat nak update.

You May Also Like

0 comment

Daisypath Happy Birthday tickers