segmen kenali diriku by acuteyha : 10 kenangan manis semasa bercinta (6)

by - 2:17:00 PM

alamak..susahnyer bab nie. mamber yang terdekat semua tau kama memang susah nak jawab nie. tak per la kama ingat pengalama mamber yang ada.

1) masa sedih ada peneman di sisi. kalau susah jer hati boleh mengadu kan. tenang skit hati rasanya. berat beban di dada berkurangan kot skit walau tak semua. kita pun memang tak mampu nak simpan semua. sekurang-kurangnya ringan skit bebanan.

2) menjadi penasihat sejati. kalau ada jer masalah boleh terus bagitau dan si dia mungkin boleh jadi penasihat. yang nie pastikan ambik nasihat yang berguna jer tau. jangan plak yang tak elok rembat sekali. kita pun ada boleh fikir sendiri apa yang baik dan buruk kan.

3) bila masa hari lahir ada jer yang ingatkan. tepat jer jam dua belas tengah malam, si dia terus telefon ucap selamat hari lahir. berjam-jam la dok pegang telepon tu tak lepas-lepas. entah apa yang diborakkan puntak tau la kan. asal hari tu memang gembira sesangat.

4) bila keluar makan ada yang belanja. bab nie sebenarnya tak elok sangat. tapi dah namanya bercinta semua boleh kan. orang belanja makan tak kan la nak tolak. rezeki tu, tak baik tolak. sekali sekala boleh la tolak kot. kesian plak kat si dia terkebil-kebil.

5) si dia belikan hadiah untuk kita. wah..gembiranya dapat hadiah kan. kalau hadiah tu pakaian, nak pakai jer asenyer selalu. tapi kalau makanan jangan plak sayang nak makan tau. nanti berulat lagi membazir jadinya.

6) masa keluar ngan si dia, jalan lenggang jer. hahahaha...maksud kat sinie barang kita semua dia bawakkan. sweet kan. tak payah nak beratkan tangan nie. jalan saje-sajer jer. tak pon beg jer yang kita galaskan. ringan jer bahu nie rasa.

7) penampilan diri sentiasa ada orang jaga. kalau rasa tak sesuai terus si dia bagi nasihat. ini semua pun untuk kebaikan diri sendiri kan. ada gunanya si dia tegur tu, nanti dapatlah kita bergaya dengan elok dan yakin kan.

8) bangun pagi ada orang kejutkan. lagi romantik si dia nyanyikan lagu. amboiii...meriah lagi. tersenyum lebar seharian *sebenarnya pengaruh coffie prince* berangan jer lebih. yer ke idak...

9) sama-sama kongsi minat. kan lagi best macam tu. senang nak pi mana pun. kalau nak buat apa pun boleh bagi pandangan yang baik untuk sesuatu. tak payah nak pening-pening nak buat apa masa bersama. tapi jangan la kesemuanya nak sama. biarlah ada kelainan skit supaya tak nak bosan nanti.

10) manis nyer rasa bila si dia selalu mengingatkan kita supaya buat kebaikan. tolong ingatkan solat, buat perkara yang elok dan nasihat untuk perkara yang tak sepatutnya kita buat. nanti tak der lah kedua-duanya hanyut dengan perkara yang tak berfaedah dan membuang masa.

so, apa korang fikir. manis ke tak manis bergantung pada diri kan..=))

You May Also Like

1 comment

Daisypath Happy Birthday tickers