Ya Allah ... saya sayang dia
Ya Allah...
tatkala aku ingatkan dia
aku sentiasa mengingatiMu
ketika rindukan dia
aku masih teringatkan Mu
Ya Allah...
aku kenali dia
keranaMu
aku kenali dia
kerana dia sayangkanMu
aku kenali dia
kerana dia sentiasa bersamaMu
aku kenali dia
kerana dia sentiasa menyembahMu
Ya Allah...
aku sering perhatikannya
walau aku tahu Kau sering perhatikanku
aku sering mengingatinya
walau aku tahu Kau sering mengingatkan aku bahayanya mengingati dia
Ya Allah...
sering aku menilai diri sendiri
layakkah aku bersamanya
sesuaikah aku disampingnya
mampukah aku menjadi wanita yang solehah bersamanya
mampukah aku menjadi isternya
mampukah aku menjadi ibu kepada anak-anaknya
layakkah aku....
Ya Allah...
aku jahil ... dalam setiap perkara
aku buta ... untuk sentiasa melihatMu
aku pekak ... untuk sentiasa mendengar kebesaranMu
aku bisu ... untuk sentiasa menyebutMu
aku patah ... untuk sentiasa bersujud padaMU
Ya Allah...
aku tahu tarafku
aku tahu kaimananku
aku tahu kelemahanku
aku tahu keangkuhanku
Ya Allah...
jika dia untukku
jadikanlah kami bersatu
dalam keadaan yang Kau redhai
Ya Allah...
jika dia tidak layak buatku
temukanlah aku dengan orang yang layak bersamaku
orang yang dapat membimbingku ke arahMu
orang yang sentiasa menegurku tatkala aku alpa akanMu
Ya Allah...
aku berserah segalanya padaMu
aku redha dengan ketentuanMu
aku tawakkal denganMu
3 comment