Di Bawah Lindungan Ka'bah

by - 3:30:00 PM

sungguh halus penulisannya. menyentuh hati tapi sangat bermakna.
nukilan rasa dari Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai HAMKA.

filem ini baik ditonton oleh anak-anak muda pada masa kini untuk mengenali apakah itu cinta yang sebenarnya. cinta yang paling suci adalah kerana Allah semata-mata. jika diizinkan olehNya kita bersama si dia, InsyaAllah akan berpanjangan jodoh bersama. titipkan rasa cinta hanya ke jalan yang diredhai olehNya. kenalilah Dia sebelum kenali 'si dia' agar dapat keredhaan daripadaNya.

sesungguhnya, pilihlah jalan ke arahNya. ingatlah kita tak pernah keseorangan. jika tiada sesiapa yang ada di sisi selain daripadaNya, ingatlah Allah sentiasa ada di sisi. tidak akan sesekali meninggalkan kita, tetapi kita yang sering meninggalkanNya.

jika mengalir air mata ketika melihat filem ini, percayalah bahawa kita amat menyayangiNya dan cinta yang mengalir dalam diri kita ini adalah datangnya daripadaNya. tak salah untuk kita mengalirkan air mata kerana makna yang tersirat daripada filem ini adalah lebih besar daripada jatuhnya air mata di pipi.

sayangilah..ingatlah...janganlah lupa...sentiasa beribadat kepada Allah s.w.t.

You May Also Like

0 comment

Daisypath Happy Birthday tickers