ucu...qayyum...ucu...qayyum...(^_*)

by - 1:37:00 AM

alahai, baru masuk 21 dah kene panggil ucu (gelaran dari anak sedara aku). muda ke tua aku nie? hai...dah ada anak sedara, dah tu la gamaknya nie. nie baru sorang, kalau tambah lagi lagi pening kepala aku nie. sebelum cerita lebih dalam lagi, mai aku kenalkan nama dulu... jeng...jeng...jeng. nama anak sedara comel aku nie Muhammad Adam Qayyum (dah tentulah lelaki kan). sampai hari nie, baru masuk 44 hari. baru lagi kan. tapi, alahai dah tidur menyiring pon. terkejut semua orang. mana taknyer, masuk hari ke-10 dah tidur meyiring. kata mak aku, tak boleh tinggal lama-lama budak nie masa tidur, tak pasal-pasal jadi lain pulak. 

yang menariknya, ada-ada jer jadi bahan buat gelak satu famili hari-hari. telatah qayyum memang tak kering gusi. abah pulak, sebelum pergi kerja, mesti main dengan cucu dia. nak pergi surau pagi-pagi pun main ngan cucu dulu. dah jadi datuk katakan. sukalah dia yer. abah tok memang suka ngan budak-budak, dah boleh cucu nie...mmmm...melekat la ngan cucu dia. nenek paduka qayyum aka ummi tok plak sama ngan abah tok dia. sebelum tidur, bangun tidur mesti mengadap ngan cucu dia dulu. balik mengajar pun pergi mengadap qayyum dulu. kata orang, budak kecik nie pengubat duka. memang betul la, walau penat macam mana pun bila dah tengok budak kecik nie rasa aman jer. maklumlah, budak yang tak ada dosa lagi. suci dan bersih gitu.

masuk bab qayyum pulak...haish!!!...hari-hari mesti ucu ngan mama dia salin pakaian berkali-kali. mana ke tidak, asyik kencing atas ucu ngn mama dia. bukan setakat kencing pulak tu, peott sekali. adoiii...lepas dia lepas semua tu, semua orang tergelak. yelah..tengok muka dia lepaskan hajat atas orang macam budak tak bersalah jer. hahahahahaha...tak habis-habis gelak ngan qayyum nie. lepas mandi dia boleh pancut, tengah pakai petpet pun boleh dia lepaskan hajat gak. tak sabor-sabor budak kecik nie. kalau nak cerita pasal qayyum, gamaknya esok pon tak habis. kalau kat umah nie, belum sempat lantai kering, dia sambung balik lepas hajat dia. nasib comel....haish3..geram tol pipi dia.

masa qayyum demam minggu lepas, semua orang bimbang. budak kecik tak boleh biar lama-lama. nanti jadi lain plak. kata ummi kepala kalau boleh jangan dibiarkan kering. basahkan tiap masa. budak-budak kalau demam takut dia melarat.dah dua klinik qayyum masuk..akhir sekali tukar susu kata doktor. alhamdulillah...lepas dua, tiga hari dah pulih pun. badan pun susut masa demam. sekarang, adoiii...tak larat nak angkat. dah naik badan...hahahaha...jom tengok gambar-gambar comel qayyum masa tidur. budak kecik nie masa tidur la orang paling geram sekali. comel sungguh..;))

sebelum cukur jambul..;))

lepas jambul dah tak der...;p

 muka tidur..comel kan..;))

 geramner tengok dia tidur...;))

lena betul qayyum tidur...bangun...bangun...:)

You May Also Like

0 comment

Daisypath Happy Birthday tickers